Selamat Datang "اهلا وسهلا" Kepada Pengunjung!!!

Kepentingan Ilmu

Posted by Permata Ibu Bapa Wednesday, August 4, 2010 0 comments

Bismilahhiramanirohim

Asalamualaikum..

syukur kita kepada Allah S.WT dengan nikmat yang diberikan olehnya dapat kita berada di muka bumi Allah ini untuk meneruskan tugas sebagai hamba Allah yang bertaqwa. yang mana hamba yang tunduk patuh kepada perintahnya dengan mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Ilmu merupakan satu aset yang berharga dalam mencorak kehidupan seorang insan untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. lantas, tanpa ilmu tiada gunanya. Rasullulah telah mengazetkan dalam hadis yang mana mafhumnya...."sesiapa yang hendakkan dunia dia atasnya itu dgn ilmu, sesiapa yang hendakkan akhirat di atasnya itu dengan ilmu dan sesiapa yang hendakkan keduanya itu diatasnya itu dengan ilmu."

amat malang andainya kita diberikan peluang oleh allah S.W.T untuk mempelajari ilmunya tetapi kita sedikit pun tidak berminat untuk itu. Ilmu itu mengikut imam as-syafie ialah ilmu yang menberikan menafaat kepada kita..alangkah ruginya mendapat A+ dalam peperiksaan tetapi dalam pelaksanaan yang sebenar dalam dunia realiti tidak seperti yang diharapkan.

Islam itu cukup lengkap dengan pelbagai perkara, cumanya kita perlu memerhati dengan penuh perhatian. ada kalanya kita lebih mengetahui ilmu yang bukan islamik sedangkan ilmu yang bukan islamik itu sememangnya terdapat dalam islam itu sendiri.

Isunya, adakah kita hari ini hanya semata-mata mengharapkan kepandaian kognitif sahaja? sedangkan kita perlu kearah yang lebih luas daripada itu.. tak salah rasanya kita selitkan dengan pelbagai kepandaian yang perlu ada dalam diri seorang muslim yang mukmin. baik dari segi kepandaian komunikasinya, kepandaian bersosialnya malah apa jua kepandaian yang tidak lari daripada garis panduan syarak.

Hari ini banyak terdapat IPTA/IPTS yang menawarkan pengajian kepada masyarakat. KUIN umpamanya banyak menumpukan untuk membina modal insan yang benar berkualiti. jika dilihat daripada silibusnya. perbandingan antara ilmu islamik dan konvensional banyak memberi pendedahan akan hal tersebut. Ini memberikan satu kelebihan kepada pelajar tersebut untuk menghayati ilmu islam yang telah dilaksanakan olek pemikir-pemikir islam yang terdahulu.

Dalam Al-Quran penekanan tentang peri pentingnya ilmu kepada manusia telah sedia ada. dalam proses untuk mempelajari ilmu ini tiada kesudahan hatta sekalipun mendapat PHD proses pembelajaran dalam mencari ilmu Allah ini tetap berjalan dan ia dianggap sebagai ibadah kepada Allah.

Sebagai rumusannya kita sedia ketahui ilmu ini akan menjaga kita. kaya dengn ilmu, ilmu menjaga kita, kaya dengan harta, kita menjaga harta....wallahualam.

Sekapur Sirih


Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi menjengah blog saya. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi mendapat keberkatan dari Allah.

Anda Pengunjung Ke

Waktu Sekarang

Tentang Saya

Dilahirkan Di Kg Dalam Wang. Merupakan Penuntut di SKDW, SMARA, MMBG, IKM SIK, PGM BALING, KUIN.

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Followers

Facebook Badge