Selamat Datang "اهلا وسهلا" Kepada Pengunjung!!!

Sebelum Tidur

Posted by Permata Ibu Bapa Saturday, April 30, 2011 0 comments

Lama benar rasanya tidak update blog ni..kadang-kadang rasa nak menaip tp kekangan waktu amat terbatas..banyak idea terlepas mcm tu saja. Sebelum tidur malam ini terpikir satu amalan yang sering sy lakukan iaitu berdoa diantara waktu dua khutbah jumaat.

Terus buka laptop sambil mencari maklumat tentang kelebihan amalan tersebut. Sebenarnya amalan ini ayahku yg bg. Sedikit dialog yang beliau katakan “ ni masa nk masok kutbah kedua tu masa tu la kita berdoa, minta la apa saja insyAllah akan di kabulkan.

Untuk kawan-kawan yang mungkin nk minta keputusan elok dlm exam mungkin dh terlewat. Tp xpa kita bleh amalkan tuk minta benda2 lain..

Nih berdoa, berdoa juga tp jgn pulak tak berusaha tuk capai matlamat tu. Dipendekkan cerita dalam dok cari maklumat terjumpa satu blog yang cerita pasai waktu yang sesuai tuk berdoa antaranya ialah:

1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.

Antara yang dicari ada dalam senarai tu. Senarai nombor 11. Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.



Sekapur Sirih


Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi menjengah blog saya. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi mendapat keberkatan dari Allah.

Anda Pengunjung Ke

Waktu Sekarang

Tentang Saya

Dilahirkan Di Kg Dalam Wang. Merupakan Penuntut di SKDW, SMARA, MMBG, IKM SIK, PGM BALING, KUIN.

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Followers

Facebook Badge