asalamualaikum semua...
ketika bertolak ke rumah sewa sebentar td teringat aku pelbagai peristiwa, kisah suka duka menempuh pelbagai dugaan dunia ligat bermain di kepala...
tiba2 kisah sewaktu aku bergendang di giatmara(tempat aku blajar pomen) telintas di benak pikiran ku..sesekali tersenyum seorang..lawak pon ada..rsa kurang pandai pon ada..hehehehe
kisah ni berlaku thn 2006. selepas aku dah tmt ngaji kat sna...msa ni aku dh blh pomen keta dah...eksen plak. memba aku tlpn aku pg 2, dia kta "we mu mri bgendang blh x?" aku kata "blh tp kna byr la aku nkcri orng" eksen bukan main mcm la ada group.
aku ajak la memba yg tua byk dri aku, dia xbrni siot...dia kta kna ada org tua bru brni. aku phm mksd dia..men gendang ni mcm2 petua kna ada, pendek kata men gendang ni kna penuh ilmu di dada beb. tpi 2 dlu skrng kurng dh, xdak orng nk mncuba kpndaian kita..
dh dia xmboh ikut, aku cri la org len. aku ajk spupu aku yg tgl dgn aku, ank nakan spupu n ank nakan dua pupu aku. bla dh dptsmua org aku pon deal lh hrga dgn meba ku nih...deal punya deal..aku kata "mu bg kat aku 100 dh la" dia pon ok
smpi msa dia, aku pon g la pnjm gendng org kg aku..sblum ni aku dh deal dh dgn dia...gndng 2 plak mmg sdp gila...org angin gendang kta ringan n naik..antara berpasang-pasang gendang yg dia ada..gendang 2 la plng power.. mmg dia percya gila la kat aku..
ciap ambik mlm 2, esk aku pon g giatmara gn group aku nek keta burok aku toyota corona 1.8 tu..jgn pelece mari dri pahang nu ha..smpi kat giat kmi bukak 3 lagu, nak ambik syarat bergndng..pas2 bjmpa plak geng2 pulai yg nak main silat siap dgn parang beb..fuh sakan geng ni..
ready punya ready vip 2 pon mari, mula2 dema main kompang dlu pas2 bila nk smpi msk dewan bru kmi smbng..aku pun bla kompang berenti "dah tin cak kong trus" main punya main aku tibai puas2 gendng 2 guna kayu..fuh...orng dok usha ja..jd best lg la...hahahaha
2 orng yg men silat td main smpi bdarah, ksian plak aku, tp 2 la keikhlasan dema main..main sguh2.
lps hbs smua aku pon tutup 3 lagu, memba aku bg seratus start keta balik rmh..smpi rmh aku stlle dgn tuan gndng pa smua pas2 aku bg duit dgn gourp aku...xprcaya aku dpt jd ketua semuda 19 thn ikt bulan msa2..
lani aku mgkn dh x blh bt mcm 2..semua dh ada komitmen masing2...
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.