Selamat Datang "اهلا وسهلا" Kepada Pengunjung!!!

Selamat Hari Guru

Posted by Permata Ibu Bapa Sunday, May 15, 2011

Dah lama dah dok gatal tangan nak tulis entri khas untuk cikgu-cikgu ni. Kenangan manis dan pahit jadi kenangan untuk dikenang.

First aku masuk belajar, masuk sekolah Tadika. Yang best sekolah Tadika nie ada permainan dan yang penting makan free. Boleh main papan lunsur , main ndoi. Blajar sikit ja, main ja lebih. Seingat aku 2 atau 3 hari ja pergi mengaji pastu tak pergi-pergi dah. Tak ingat la plak sebab apa.

Yang atas tu cerita pasai Tadika, masa masuk sekolah rendah, memang kenangan paling manis. masa ni tak dak budak-budak nak menangis macam budak-budak sekarang. Budak sekarang manja ja lebih sebab mak bapak manja terlalu lebih. Aku masa darjah satu dah ada geng. Tertubuh geng ni secara tak sengaja pon sebab sebelum masuk sekolah memang dah kenal mereka dua orang ni. Dua orang ni bukan orang lain baru dua pupu ja dengan aku. Seluruh kelas kami pengang tapi ini geng baik punya, tak kacau orang. Prinsip kami “lu kacau kami lu sakit”. Bukan main baru darjah satu.

Paling-paling aku ingat, aku kena penampar dengan Cikgu Ishak(Sahak). Sebab apa kena penampar aku tak tahu mungkin bersembang kot. Ni bukan penampar main-main, penampar kaw-kaw punya sampai pedih pipi. Sambil kena penampar tu sempat lagi bau perfume Cikgu Sahak ni. Memang boleh cam sampai sekarang. Cikgu Sahak ni la ajar aku ABC sampai aku boleh baca. Cikgu Sahak ni la ajar aku huruf vokal apa huruf konsonan apa.

Masuk darjah 2 dok ingat boleh dapat Cikgu Rahimah. Cikgu ni cun dan yang penting tak kahwin lg. sementara dok syok nak masuk darjah dua sebab boleh dapat cikgu perempuan yang tak garang. Tanggapan meleset sama sekali. Masuk darjah 2 dapat cikgu baru. Nama cikgu ni cikgu Zul. Cikgu ni hensem, anak dia muka macam anak cina. Cikgu ni pakai proton saga warna hijau Plat PBF. masa ni kalau sapa pakai kereta proton saga memang top la. Cikgu Zul ni, tandatangan dia cukup cantik. Kadang-kadang aku tiru gak sebab minat sangat.

Masuk darjah tiga benda aku ingat kena cubit dengan cikgu yusof. Cikgu Yusof ni suami kepada Cikgu Rahimah. Tak ingat bila dia kawin tapi pandai gak Cikgu Yusof ni ejas cikgu Rahimah. Nak jadikan cerita satu hari cikgu ni suruh bagi surat mesyuarat PIBG kat orang tua. Selalunya kalau aku bawak balik surat pun aku lah tukang bacanya. Tapi hari tu cikgu bagi depan pintu kelas lepas tu dia pergi masuk kelas darjah 2 rasanya. Dia masuk sebantar sahaja pastu keluar dan tetiba tengok aku sedang baca surat. Apalagi, tak cakap banyak mai pulas perut berkali-kali. “ni apa ni baca surat orang, tak amanah” ayat yang terbit sambil pulas perut aku. Aku tahan ja sambil rasa tak puas hati.

Masuk darjah 4 dapat kelas tepi bendang terbiar. Masa ni dok pi tangkap ikan kharing(ikan laga). Time rehat masuk bendang tangkap ikan. Masa ni jugak la pepatung (kalu tak salah sebutan) banyak menyerang. Binatang ni bentuk dia macam helicopter, maca-macam warna ada, yang menjadi rebutan adalah design askar. Sebiji macam helicopter askar. Tangkap sekor letak benang kat ekor sambil main-main macam wau. Besar lani tak buat dah benda macam tu.

Darjah 5 ja aku tak berapa nak ingat, mungkin masa ni tak dak problem besar aku buat kot Hanya argue dengan budak-budak junior sebab tak mewarisi bendang yang ditinggalkan ja. Dari darjah 2 hingga 5 Cikgu Zul setia jadi guru kelas kami.

Masuk darjah 6 semua pakat kecut dapat cikgu suhaimi. Cikgu paling bengis dan garang maklum la guru disiplin. Masa ni la kena belasah teruk sebab buat kesalahan. Tapi cikgu ni la ajar aku matapelajaran penulisan dan pemahaman. Semua jenis penulisan aku boleh buat. Sebut sahaja jenis mana yang soalan nak semua aku boleh buat. Paling kurang pun 80 markah ja. Untuk pemahaman aku goyang sikit tapi power jugak Cuma momentum tu kadang-kadang tak menentu. Bila keluar ja keputusan UPSR dua matapelajaran ni dapat A.

Hari ini aku berterima kasih kepada mereka, aku pernah jumpa semua cikgu ni selepas habis sekolah rendah. Tahun lepas dapat jumpa cikgu Zul sembang dengan dia macam tak sangka dapat sembang macam kawan tapi rasa hormat tetap ada. Aku sekarang teringin nak jumpa Cikgu Sahak bukan sebab aku nak penampar dia balik tapi aku nak ucap terima kasih sebab dia membuatkan aku tidak buta huruf.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURUKU DAN SELURUH WARGA PENDIDIK

0 comments

Post a Comment

Sekapur Sirih


Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi menjengah blog saya. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi mendapat keberkatan dari Allah.

Anda Pengunjung Ke

Waktu Sekarang

Tentang Saya

Dilahirkan Di Kg Dalam Wang. Merupakan Penuntut di SKDW, SMARA, MMBG, IKM SIK, PGM BALING, KUIN.

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Followers

Facebook Badge