Selamat Datang "اهلا وسهلا" Kepada Pengunjung!!!

Rokok Oh Rokok

Posted by Permata Ibu Bapa Sunday, September 11, 2011

Asalamualaikum..

Entri kali ini mungkin agak asar sedikit tapi inilah hakikat yang perlu diluahkan. Kadang-kadang terfikir apa faedahnya? Mungkin lepas makan kalau isap sebatang rasa nikmat tak terhingga tapi apa kes sampai orang lain pon kena tempias terpaksa menjadi perokok pasif.

Masa abang aku dok kat KMC doktor Tanya. “kamu perokok ka?” abang ku jawab “ya, perokok pasif” Doktor senyum ja.

Entri ni bukan nak kupas pasal jenis-jenis perokok tapi lebih penting dari tu lagi, banyak kali dah dok kena dengan puak ni. Kesnya aku benci perokok atas motor. sampai aku Tanya member aku yang isap rokok pon dia kata benci.

Bayangkan sambil bawak motor sambil isap rokok, Bara api atau habuk rokok kena orang kat belakang. Bayangkan kalau bara api tu hinggap kat mata naya ja buta sebelah mata. Baju-baju orang habis berlubang.

Patut la hukum isap rokok ni haram rupanya ada hikmah yang banyak untuk umat islam. Walaupun banyak kempen dibuat tentang keburukan rokok seperti letakan gambar kaki buruk, jantung buruk tapi perokok ni buat tak tahu ja. Berikut merupakan kesan daripada merokok:

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah

1. Barah paru-paru

2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema

3. Sakit jantung iskaemia

4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases

5. Kanser pundi kencing

6. Air mani tidak normal

7. Lemah ingatan

8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan

9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung

10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil

11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Point ni aku ambik dari: http://afiat3000.tripod.com/kesan_merokok.htm

Agaknya kalau aku boleh gubal undang-undang, dalam akta lalulintas aku nak masukkan kesalahan merokok diatas motor merupakan kesalahan serius yang boleh disaman.

Kadang-kadang terfikir juga bagaimana cara yang praktikal untuk membantu perokok ni berhenti merokok. Mungkin perokok perlu kuat untuk melawan godaan rokok merupakan perkara pokok yang boleh membantu mereka menghindarinya.

1 Responses to Rokok Oh Rokok

  1. armouris Says:
  2. lagi info tentang rokok di SIHAT SELALU - Berhenti Merokok Dengan Rokok Elektronik

     

Post a Comment

Sekapur Sirih


Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi menjengah blog saya. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi mendapat keberkatan dari Allah.

Anda Pengunjung Ke

Waktu Sekarang

Tentang Saya

Dilahirkan Di Kg Dalam Wang. Merupakan Penuntut di SKDW, SMARA, MMBG, IKM SIK, PGM BALING, KUIN.

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Followers

Facebook Badge